Hari Minggu Paska ke 3



Antifon Pembukaan :

* Bersorak-sorailah bagi Allah,hai seluruh bumi,bermazmurlah bagi nama Nya yang mulia,dan gemakanlah pujian Nya.

Kata Pembukaan :

* Setiap kali kita bertemu untuk merayakan Ekaristi,Kristus berada ditengah-tengah kita.Ia diceritakan dalam bacaan-bacaan dan akan kita kenal kembali dalam menbagi-bagi roti dan berkata 'Akulah ini dan rabahkanlah saja!".Bagi kita pun seperti bagi para rasul,kehadiran Yesus selalu menggembirakan.sekalipun mungkin kita tak akan menemukan pemecahan atas persoalan-persoalan kita,namun kita tahu bahawa pertemuan kita dengan Kristua yang telah bangkit membantu kita mengalahkan rasa bimbang yang timbul dalam hati kita.Bila kita jatuh dalam dosa,maka kita yakin bahawa Tuhan akan mengampuni dan bahawa Yesus akan menjadi perantaraan kita di hadapan Bapa.

Renungan Pembacaan I :
"Pemimpin kepada kehidupan telah kamu bunuh tetapi Allah telah membangkitykan Nya dari alam maut."
Kekuasaan allahg telah mengubah kehinaan Hamba Nya yang menderita menjadi kemuliaan.Dia yang telah bangkit membawa buah tangan;kesucian,keadilan dan kehidupan bagi kita,bila kita sanggup menerima konsekuensi-konsekuensinya sanggup bertobat dan menyingkiri dosa.

Antarbacaan :

R : Hendaknya cahaya wajah Mu menyinari kami,ya Tuhan.

* Apabila aku berseru,jawablah aku,ya Allah yang adil.Apabila aku susah,lapangkanlah dad ku,kasihanilah aku dan dengarkanlah doa ku.

* Ketahuilah,Tuhan akan mengerjakan karya agung bagi para kekasih Nya.Tuhan akan mendengarkan daku,bila aku berseru kepada Nya.

* Banyak orang berkata,"Siapa yang akan menurunkan berkat?,"Hendaknya cahaya wajah Mu menyinari kami ya Tuhan.

* Aku hendak membaringkan diri dan tidur dalam kehadiran Mu yang mententeramkan.Sebab haya Engkaulah ya Tuhan yang membuat istirehat ku aman sentosa.

Renungan Bacaan II - 1 Yoh 2 :1-5a
'Yesus Kristus menjadi pepulih atas dosa-dosa kita dan dosa seluruh dunia."
Di sini Yohanes antara lain menjelaskan kita bahawa kita harus menolak dosa.Dewasa in dimana banyak orang menamakan dirinya Kristian tetapi tidak menghayati ajaran Kristian,tepatlah bila diingatkan apa erti sebenarnya hidup beriman itu.Santo Yohanes menyatakan bahawa hanya orang yang melakukan kebenaran iaitu yang dapat disebut benar.Sebab orang yang demikian itu menerima sepenuhnya perutusan Kristus yang telah wafat kerana dosa-dosa kita.Ia akan mengakui dosa-dosanya bertobat dan memulai hidup baru.

Pengantar Injil :
* Alleluia...Alleluia...Tuhan Yesus ,terangkanlah Kitab Suci dan kobarkanlah hati kami bila mendengar sabda Mu...Allleuia..

Renungan Pembacaan Injil - Luk 24;35-48
'Ada tertulis bahawa Kristus harus menderita dan bangkit dari alam maut pada hari ketiga."

Cerita ini menarik kerana mengemukakan kenyataan kebangkitan.Kebangkitan bukanlah semata-mata kelanjutan kehidupan Kristus secara rohani,melainkan mengenai jiwa dan raga Nya.Itulah kunci setiap harapan manusia dan dunia.Para rasul tidak mahu memiliki harapan manusia itu untuk diri sendiri.Sesudah pertemuan mereka dengan Kristus yang mengagumkan itu,mereka yang sebelumnya tidak mahu menerima penderitaan Al Masih,malahan menjadi peawrta Sabda kehidupan yang bersemangat.Sabda itu harus dicanangkan ke seluruh dunia menggema di dalam lubuk hati setiap orang.

Menghayati ekaristi dalam Hidup :
Betapa banyak perkara tak bererti yang dikejar-kejar orang dengan segala daya dan kemampuannya!Yesus telah wafat untuk satu hal yang amat bererti iaitu mengikis habis sampai ke akar-akarnya egoisme dan kekacauan.Untuk itu diperlukan kekuataan ilahi.selalu diperlakukan kebebasan mencipta dari pihak allah yang hidup agar kehidupan dapat bangkit dari kematiannya.Roh Kudus membantu kita dengan mematangkan buah pertobataan.Roh Kudus itulah yang membuat nyata kehangatan kekal Kristus yang telah wafat dan bangkit didalam hidup kita.