Hari Besar Kelahiran Yohanes Pembaptis (Setiap 24 Jun)







 Antifon Pembukaan :
* Seorang utusan Allah datang,namanya Yohanes.Ia datang sebagai bentara untuk mewartakan cahaya dan mempersiapkan bangsa sempurna bagi Tuhan

Kata Pembukaan :
* Kelahiran Yohanes bagi kita merupakan fajar penebusan kita.Maka dirayakan oleh Gereja.Hidupnya memang aneh dan kelahirannya pun istemewa.Masyarakat sekitarnya kehairanan ketika Elisabet mengandung kerana sudah tua.ayahnya menjadi bisu kerana kurang percaya ketika menerima berita.Pemberiaan nama pun melawan kebiasaan setempat.Segala menunjukkan bahawa anak ini istimewa.tepat sekali pertanyaan orang waktu itu,"Apakah yang akan terjadi dengan anak ini?

Renungan Pembacaan I - Yes 49;1-6
* Madah kedua tentang Hamba Yahwe ini menandaskan pemilihan dan pengutusan kenabiannya dari allah diperolehkannya permulaan pembangunan kembali Israel.sang Hamba akan membimbing pula para bangsa agar mengenal Allah yang benar.Dari kegelapan sebelumnya mereka akan menuju cahaya hukum Taurat.

Antarbacaan :
R :Aku bersyukur kepada mu sebab agunglah engkau.
* Tuhan,Engkau menyelami dan mengenal aku,Engkau tahu bila aku duduk atau berdiri,dari jauh engkau mengerti pikieran ku.Engkau tahu bila aku berjalan atau berbaring,segala tingkah laku ku Kau maklumi.

*Engkau yang membentuk labuk hati ku,Engkau melindungi aku sedari kandung ibuku.Aku bersyukur kepada Mu,Allah yang Mahatinggi,sebab agunglah Engkau.

*Aku bersujud menyembah dihadapan Mu,sebab dahsyatlah karya Mu.Dari dahulu Engkau mengenal isi hati ku,sanubari ku tak tersembunyi bagi Mu,sejak aku dibentuk dalam selubung rashia dan diciptakan secara tak terselami.


Renungan Pembacaan II - Kis 13:22-26
* Yohanes Pembaptis telah mewartakan bahawa akan segera datanglah Dia yang menurut Paulus mahu menebus Israel sesudah janji Allah kepada bangsa Daud.Maka sebagaimana dahulu kini saatnya untuk bertobat dan menerima serta menghayati khabar gembira.

Pengantara Injil 
* Alleluia..Alleluia.. Engkau,Anak ku,akan disebut nabi Allah yang mahatinggi sebab engkau akan mendahului Tuhan untuk menyiapkan jalan Nya.

Renungan Pembacaan Injil - Luk 1;57-66,80
* Malaikat Gabriel mengkhabarkan kepada Zakharia bahawa Elisabet isterinya,sebagai Sara baru akan mengalami kegembiraan iaitu akan melahirkan perintis Al Masih.Meskupun kaum kerabatnya  menentang,namun yang telah ditentukan oleh malaikat tetap diberikan kepada puteranya iaitu nama Yohanes yang bererti 'Tuhanm berbelas kasih"sebab itu pula program hidupnya.Khabar itu tersiar luas dan Zakaria diperkenankan memandang fajar keselamataan.Seturut teladaan Samuel yang mengurapi Daud menjadi raja,maka Yohanes mempersiapkan diri untuk karyanya dipadang gurun,dimana imannya berkembang dengan subur.

Menghayati Ejkaristi dalam Hidup
* Dewasa ini orang Kristian harus berani seturut teladaan Yohanes Pembaptis,memprotes nilai-nilai palsu dan mengajak sesamanya untuk bertobat kepada Tuhan.dengan kata karya dan tingkah lakunya ia harus membuka mata sesamanya terhadap nilai-nilai rohani kesuciaan dan kemiskinan.Dalam  suasana acuh tak acuh dan tanpa iman ia bertugas mempersiapkan jalan bagi Dia yang akan menyelamatkan.