Hari Minggu Prapaska ke 2



Antifon Pembukaan :
Seturut sabda mu ku cari wajah Mu, Wajah mu ku cari ya Tuhan.Janganlah wajah Mu kau sembunyikan daripada ku.

Kata Pembukaan :
Ada bahagian-bahagian Kitab Suci yang mengerikan.Bila kita melihat Abraham mendaki gunung untuk mempersembahkan yang paling disayanginya di dunia ini,iaitu anaknya,maka berdirilah bulu roma kita.”Bagaimana mungkin Tuhan meminta pengorbanan sebesar itu/”Itu bukablah tuntutan Tuhan.Ia mahu menunjukkan bahawa bila orang taat kepada Nya sampai akhir,ia berhak pula mengharapkan segalanya dari Tuhan.Tuhan adalah Tuhan orang-orang hidup,bukan orang mati.Apa yang dilakukan Nya terhadap Ishak dipuncak gunung,dilakukkan Nya pula terhadap Putera Nya yang tunggal;Tuhan telah memuliakan Dia dan merebut Nya dari cengkeraman maut.Itulah iman kepercayaan kita dan bila Kristus membela perkara kita dihadapan Bapa,maka kita hanya dapat bersyukur dan member kesaksiaan atas iman kita kepada Tuhan,Penyelamat kita.
Renungan Pembacaan I – Kej 22;1-2,9a,10-13,15-18
Kutipan ini memperlihatkan betapa hebatnya pengalaman iman.Nampaknya Tuhan  mau menghancurkan janji Nya.Israel telah melihat sejarahnya pada riwayat Abraham dan Ishak,.Ketika Israel menyamakan diri dengan Abraham,tahulah ia bahawa mengakui Allah sebagai allah bererti harus patuh taat  secara buta,bahkannbila nampaknya Tuhan tidak berbicara.Ketika  menyamakan diri  dengan Isyak,dilihatnya dirinya di altar Tuhan sebagai umat perjanjian.Perjanjian itu tidak memberikan hak sedikit pun tetapi masih bergantung sama sekali pada rahmat Allah yang bebas.
Antarbacaan :
R : Aku boleh menikmat  hidup di dunia ini dihadapan Tuhan wajah Tuhan.
·         Aku tetap percaya sekalipun aku berkata,”Aku ini sangat tertindas.”Sungguh berhargalah, di hadapan  Tuhan kematian para kekasih Nya.
·         Ya Tuhan,aku hamba Mu,aku anak cahaya mu,Engkau mempersembahkan korban syukur kepada Mu sambil menyerukan nama Tuhan.
·         Aku akan menepati nadir ku kepada Tuhan didepan seluruh umatNya,di pelantaraan rumah Tuhan,ditengah kota Yerusalem.

Renungan Pembacaan II – Rm8;31b-34
Israel  mengenal dirinya baik pada Abraham maupun pada Ishak.Tetapi tidak tahu bahawa Tuhan sendiri mengambil alih tempat Abraham dan Putera Nya tempat Ishak.Kita tahu bahawa Tuhan ada dipihak kita dan bahawa Kristus menjadi pengantara kita.Apa yang kita takutkan dengan bukti cinta kasih yang demikian nyata,?

Pengantar Injil :
·         Dari awan yang bercahaya terdengar suara Bapa,”Inilah Putera kesayangan Ku.Dengarkanlah Dia!”
Renungan Pembacaan Injil – Mrk 9:2-10
Bagi Markus penampakan kemuliaan Kristus itu pertama-tama adalah lambing kedatangan kembali Putera Manusia dalam kemuliaan.Suasananya mungkin mempunyai warna liturgy dan nasionalisme.Tetapi dimaksud pula untuk menekankan kedatangan Kristus sebagai raja.Kita harus mendengarkan Dia sebagai Musa baru.Ia didahului oleh Elia.Sebagai Al Masih Ia minta kepada murid-muridNya untuk tidak membicarakan Nya.Mereka dipercayakan melihat sepintas misteri kebangkitan Nya tetapi sebaliknya mereka harus mengikuti Kristus melalui malam penderitaan Nya.

Menghayati Ekaristi dalam Hidup :
Kita sering terlalu cenderung untuk menganggap Kristus sebagai manusia unggul,seakan-akan sejak semula sedar akan tugas panggilan Nya.Tetapi di dalam penampakan kemuliaan Nya nyata bahawa Ia pun harus melalui pula malam penderitaan Nya.di dalam hidup Nya du segi itu selalu bersamaan.Bukankah hokum asasi kekeristianan kehilangan segalanya untuk mendapatkan segalanya?Maka Tuhan takkan membisu lebih lama lagi,sebab di dalam keheningan itu matanglah Sabda Tuhan yang membaharui kita.