Hari Minggu Biasa Ke 7


Antifon Pembukaan :

* Tuhan,aku percaya akan kasih setia Mu,hati ku bergembira kerana Engkau menyelamatkan daku.Aku bernyanyi bagi Mu kerana kebaikan Mu terhadap ku.

Kata Pembukaan :
Kita tak dapat mengingkari atau meninggalkan masa lampau kita.Sebab itulah yang membentuk kita danakan tetap kita bawa dengan segala suka dukanya dengan saat-saat kelemahan dan dosa kita.Masa lampau sering menekan sekali dalam perjalanan hidup kita.Tetapi kita dapat menerima pula masa lampau yang penuh kekurangan itu dalam keyakinan akan cinta kasih dan kerahiman Tuhan yang telah memberikan erti baru kepadanya.Penyesalan akan memberikan kepastian bahawa Tuhan menaruh cinta kasih kepada kita menurut apa adanya dan sesama kita pun berhak kita fahami dan kita sabari sebab Tuhan telah bersabar hati terhadap kita.


Renungan pembacaan I - Yes 43:18-19;21-22,24b-25
Kitab Suci memandang penciptaan dalam terang panggilan Israel kepada keselamataan.Maka tak mengherankan bahawa turun tangan Tuhan dalam sejarah keselamataan dilukiskan sebagai penciptaan baru.Tetapi kalau didalam Perjanjian Lama umat tak sanggup menghapus bekas-bekas dosanya,maka yang baru dalam Perjanjian Baru ialah bahawa Tuhan sendiri atas dasar kesetiaan Nya mengampuni dosa-dosa.

Antarbacaan :
R : Sembuhkanlah jiwa ku ya Tuhan,sebab Aku berdosa terhadap Engkau.
* Berbahagialah yang menaruh perhatian pada orang lemah,Tuhan akan membebaskan pada hari yang malang.Tuhan akan membebaskan pada hari yang malang.tuhan melindunginya dan memeliharanyawanya.Tuhan membahagiakannya di bumi dan tidak menyerahkan di ke tangan musuh.

*Tuhan membantu dia waktu sakit dan menyembuhkan penyakitnya.Aku berseru;Tuhan,kasihanilah aku,sembuhkanlah aku sebab aku berdosa terhadap Engkau.

* Engkau menopang aku kerana ketulusan ku dan menempatkan daku di hadapan Mu untuk selamanya.Terpujilah Tuhan,Allah Iarael,sepanjang segala masa.Amin

Renungan Pembacaan II - 2 Kor 1 :18-22 
Umat di Korintus menuduh Paulus plin-plan.Tetapi Paulus membela diri dengan gigih.Ia bukan pertama-tama menyebut-nyebut keutamaannya,melainkan terutama kesetiaan Tuhan yang meneguhkan kesetiaan Kristus dan para rasulNya.Bagaimana mungkin paulus tidak melibatkan diri dalam misteri yang diwartakannya sendiri dan yang telah diwartakan oleh pengikut-pengikut Kristus dengan mengamininya.

Pengantar Injil :
* Alleluia...Alleluia...Tuhan mengutus Aku mewartakan Injil kepada kaum papa dan memberitakan pembebasan kepada para tawanan...Alleluia...Alleluia...


Renungan Pembacaan Injil - Mrk 2 :1-12
Pada Injil Markus,penyembuhan si lumpuh di Kafarnaum bererti suatu titik balik;hidup Yesus selanjutnya akan terarah kepada penderitaan Nya.Untuk pertama-tama kali Sanhedrin menuduh Dia menghujat Allah.Sebab dengan mengampuni dosa,Ia merebut kekuasaan Allah dan untuk membenarkan tindakan itu Ia menghimbau Putera Manusia,hakim akhir zaman.Untuk membuktikan bahawa Ia sanggup memperbaharui dan mengampuni,disembuhkanNya si lumpuh yang seakan-akan dibawa oleh iman menghadap kepada Nya.Dalam iman yang sama itulah pengampunan dosa berakar di dalam Gereja.

Menghayati Ekaristi dalam Hidup:
Menyedari dosanya jangan disamakan dengan merasa bersala.Orang yang mengakui bahawa ia seorang pendosa,menyedari bahawa ia telah menolak cinta kasih Allah tetapi ia masih tetap ditawari cinta kasih itu dan tinggal bertobat menyesali dosanya untuk menerima pengampunan.Semakin mundur kesadaran orang akan kehadiran Allah,semakin mundur pula kesadarannya akan dosa.Mereka seharusnya berharap tetapi malahan putus asa.Gereja bukan lagi Gereja Allah yang hidup,kalau bukan lagi merupakan kumpulan orang berdosa,yang mengharapkan pengampunan dan selalu tetap menantikan pembaharuan yang tetap terbuka kemungkinannya.